Jom layan gambar bilik dengan balkoni:
Kerja2 Jalan2
Sambil outstation bekerja boleh je jalan-jalan ^^
30 Mei 2012
Hotel Di Kuala Lipis: Lipis Plaza Hotel
Setiap kali ada kerja di Kuala Lipis ni saya akan duduk kat Kuala Lipis Plaza ni. Ye lah, tak tahu mana hotel lain yang best dan selesa kat sini. Huhu =p. Hotel ni ok la harga dalam lingkungan RM80 keatas. Biasa saya akan duduk di bilik yang punya satu katil saiz queen. Ada dua jenis bilik yang saya pernah duduk iaitu yang ada dan tiada balkoni. Bilik tanpa balkoni RM80/malam dan bilik dengan balkoni RM90/malam. Setiap bilik disertakan dengan breakfast. Check out dengan perut kenyang ^^)b
19 Mei 2012
Hotel Di Jerteh: Hotel One Utama
Masa mula2 kena gi outsation kat Jerteh ni memang saya tak ada idea ade ke tak hotel kat sana. Ye lah festaim nak ke sana. Huhu =p. Masa mula2 sampai ada lah nampak beberapa hotel bajet tapi Hotel One Utama ni yang lebih menarik perhatian sebab dari luar dah nampak terpampang signboard berwarna merah dia. Huhu =p.
Hotel ni kira hotel bajet juga lah. Bilik satu katil single dalam harga RM60-70. Bilik satu katil queen dalam harga RM100-120. Bilik yang lain saya tak pasti lah pulak sebab tak pernah duduk pon. Hee =p. Harga nampak mcm tak tetap sebab biasanya kalau cuti sekolah diorg naikkan harga. Standard la tu semua hotel mcm tu. Kalau nak menginap kat sini baik booking lah awal2 (09-6973188) sebab hotel ni pon selalu penuh.
Jom layan gambar (1 queen bed):
Tempat beradu ^^
Meja solek + rak TV + TV
Jug masak air pon ade + 3 in 1 kopi & teh
Sangkot le baju kat sini =p
Takdok almari hotel ni. Gini je.
Bilik mandi
Lock pintu
18 Mei 2012
Hotel Di Raub: Hotel Jelai Raub
Kalau saya kena outstation di Raub pasti saya akan bermalam di Hotel Jelai Raub ni. Hotel di adalah hotel yang baru di bandar Raub (cawangan). Hotel ni menyediakan bilik yang kemas dan selesa. Hotel ni takde fix line jadi kalau nak tempah bilik boleh contact 013 9831626.
Kali ni saya share bilik dua katil queen sbb masa saya sampai mereka ada masalah teknikal dengan tempahan saya untuk bilik 1 katil queen (RM88). Jadi mereka gantikan saya bilik yang gedabak ini dengan bayaran tempahan asal saya. Yehuu!!! Untung gileeee... ^^
Jom layan gambar:
Luar hotel
Dua katil saiz queen
Almari baju, meja & TV LCD
Bilik mandi
Setiap bilik ada sekurang2nya sebotol besar air RO
Ruang kafe hotel
Sarapan pagi pelbagai pilihan (Nasi lemak, Mee goreng, Nasi goreng, Roti, Air teh, Air kopi)
Tandas Eksklusif?
Pertama kali jumpa tandas eksklusif mcm ni. Ingatkan dalam bersih mcm tandas kat hotel la. Rupanya sama je mcm tandas awam lain cuma design je cantik sikit. Huhu. Nak masuk bayar lah RM0.50 ye. Lokasinya di Dataran Shah Bandar Kuala Ganu.
Label:
Dataran Shahbandar,
Kuala Terengganu,
Unik
Hotel Di Kemaman: Home 2 Hotel Kemaman (formerly known as Homestay Kemaman Hotel)
Dahulunya nama hotel ini adalah Homestay Kemaman Hotel tapi disebabkan nama "homestay" tidak boleh digunakan untuk hotel mereka telah menukar nama hotel ini kepada Home 2 Hotel Hotel. Hotel ini boleh dikatakan hotel bajet (budget hotel) juga lah dengan harganya yang berpatutan. Lagi pon susah nak cari hotel yang selesa dan harga sebegini di Kemaman ni. Huhuhu =p
Setiap kali ada kerja di Kemaman ni saya mesti pilih hotel ini kerana harganya boleh dikatakan berbaloi-baloi dengan kemudahan yang disediakan. Hotel ini punya bilik yang agak besar, kelengkapan tidur yang selesa dan bilik mandi yang kemas dan cantik.
Biasanya saya akan ambil bilik superior double (1 queen bed) sebab orang yg berbadan comel macam saya ni lebih selesa dengan katil yang besar. Lagi satu sebabnya kalau bawa isteri sekali ikut saya sesuai la katil queen ni untuk kami berdua ^^. Bilik
superior double ini harganya semalam RM98 tak kira lah satu katil queen atau dua katil single. Kalau nak bilik yang ada satu katil single pon ada. Harganya RM78 semalam.
Jom layan gambar-gambar bilik yang pernah saya tidur di hotel ini:
Tempat beradu ^^
Ada dua bantal extra untuk yang suka tidur berbentengkan bantal. Haha =p
Meja solek. Tapi dapat ke saya jadi la workstation untuk saya online ^^
Mesin air sejuk dan panas pon ada. Takde masalah nak masak Megi. Hihi =p
TV yang punya banyak channel Astro
Bilik mandi yang punya kepala shower yang gedabak. Macam mandi hujan yang lebat sebab tekanan air yang sangat laju. Sabun dan shampoo pon memang dah sedia ada dalam bekas picit kat dinding tu.
Kalau anda2 yang rasa nak try hotel ni bila ke Kemaman boleh la ke website diorang kat sini http://www.homestaykemaman.com/ . Hotel ni sentiasa pebuh tak kira lah cuti sekolah atau tidak. Jadi baik booking awal2 sebelum datang.
Langgan:
Catatan (Atom)