18 Mei 2012

Hotel Di Kemaman: Home 2 Hotel Kemaman (formerly known as Homestay Kemaman Hotel)

Dahulunya nama hotel ini adalah Homestay Kemaman Hotel tapi disebabkan nama "homestay" tidak boleh digunakan untuk hotel mereka telah menukar nama hotel ini kepada Home 2 Hotel Hotel. Hotel ini boleh dikatakan hotel bajet (budget hotel) juga lah dengan harganya yang berpatutan. Lagi pon susah nak cari hotel yang selesa dan harga sebegini di Kemaman ni. Huhuhu =p

Setiap kali ada kerja di Kemaman ni saya mesti pilih hotel ini kerana harganya boleh dikatakan berbaloi-baloi dengan kemudahan yang disediakan. Hotel ini punya bilik yang agak besar, kelengkapan tidur yang selesa dan bilik mandi yang kemas dan cantik.

Biasanya saya akan ambil bilik superior double (1 queen bed) sebab orang yg berbadan comel macam saya ni lebih selesa dengan katil yang besar. Lagi satu sebabnya kalau bawa isteri sekali ikut saya sesuai la katil queen ni untuk kami berdua ^^. Bilik  superior double  ini harganya semalam RM98 tak kira lah satu katil queen atau dua katil single. Kalau nak bilik yang ada satu katil single pon ada. Harganya RM78 semalam.

Jom layan gambar-gambar bilik yang pernah saya tidur di hotel ini:

Tempat beradu ^^

Ada dua bantal extra untuk yang suka tidur berbentengkan bantal. Haha =p

Meja solek. Tapi dapat ke saya jadi la workstation untuk saya online ^^

Mesin air sejuk dan panas pon ada. Takde masalah nak masak Megi. Hihi =p

TV yang punya banyak channel Astro

Bilik mandi yang punya kepala shower yang gedabak. Macam mandi hujan yang lebat sebab tekanan air yang sangat laju. Sabun dan shampoo pon memang dah sedia ada dalam bekas picit kat dinding tu.

Kalau anda2 yang rasa nak try hotel ni bila ke Kemaman boleh la ke website diorang kat sini http://www.homestaykemaman.com/ . Hotel ni sentiasa pebuh tak kira lah cuti sekolah atau tidak. Jadi baik booking awal2 sebelum datang.

2 ulasan: